SESI PERJUMPAAN STAF PSB BERSAMA TIMBALAN KETUA PUSTAKAWAN

PSB Online –  Encik Razak Siamin, Timbalan Ketua Pustakawan Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah  menyampaikan taklimat kepada kira-kira 89 orang kakitangan pelaksana PSB pada sesi perjumpaan santai  yang telah berlangsung baru baru ini. Taklimat bertarikh 06 Julai 2020 ini telah diadakan bertempat di Auditorium 2, Bangunan Tambahan PSB bermula jam 10.00 pagi.

Sesi ini merupakan satu inisiatif  pihak pengurusan PSB untuk bagi memberi informasi dan hebahan tentang  penstrukturan semula  organisasi  bagi memantapkan lagi  peranan  PSB dalam menyokong  pencapaian pelan strategik UUM. Objektif utama taklimat ini diadakan adalah agar semua  staf  PSB cakna  akan  segala perubahan  yang berkaitan  dengan  bidang kerja masing masing  ekoran daripada penstrukturan semula ini

Menerusi taklimat ini, Encik Razak telah berkongsi  tentang carta  organisasi PSB yang terkini di mana terdapat perubahan yang agak besar di dalam pentadbiran PSB sebelum ini. Berkuatkuasa April 2020 yang lalu., PSB kini mempunyai 7 tonggak Bahagian yang utama beserta 32 Unit pendokong yang bakal menerajui kecemerlangan prestasi PSB di masa hadapan. Berbeza dangan struktur dahulu,  PSB hanya mempunyai 4 tonggak utama sahaja yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan dan 15 bahagian. Namun, kini ianya telah diperkemaskan dengan mengambilkira segala aspek perkhidmatan dan servis utama yang diberi kepada pengguna PSB.  Selain dari penerangan tentang perubahan struktur berkenaan, beliau turut memberi makluman  mengenai peranan carta fungsi, perjawatan, diskripsi tugas dan  juga sasaran kerja. Setiap individu juga, diseru untuk menyediakan deskripsi tugas dan sasaran kerja masing-masing melalui perbincangan bersama Ketua Unit dan Ketua Bahagian masing-masing.

Tambah beliau lagi, Encik Razak dalam ucapannya turut menekankan betapa pentingnya peranan Ketua  Bahagian dan Ketua Unit  dalam mencapai objektif PSB . Beliau mengingatkan bahawa perlunya semua staf untuk menyemak semula diskripsi tugas sedia ada  supaya sasaran kerja yang ditetapkan boleh diukur dan dapat memenuhi matlamat dan hala tuju PSB. Di samping itu, beliau juga  menekankan tentang kepentingan akauntabiliti  yakni kebertanggungjawaban semua staf dalam melaksanakan tugasan yang diberikan mengikut fungsi perancangan yang ditetapkan.

Sesi perjumpaan ini turut dihadiri  oleh para Penolong Ketua Pustakawan PSB iaitu Puan Norma Said, Ketua  Bahagian Khidmat Pengurusan , Encik Norhardi Saad, Ketua Bahagian Sistem Maklumat,  Puan Rahimah Ishak, Ketua Bahagian Sumber Ilmu,  Cik Mazyana Hashim, Ketua Bahagian Khidmat Pengguna dan Cik Hanie Azyyati  Abdul Jamil, Ketua Bahagian  Perkhidmatan Komunikasi dan Maklumat Penyelidikan.

Sesi  taklimat ini berakhir pada pukul 11.00 pagi .

 

Disediakan oleh : Azniza Binti  Ahmad

Gambar : Noraini Alias , Azniza Ahmad dan Izhar Hashim

 

Share :