STML JADI BENCHMARK AGENDA 5S PSB

Sintok, 01 April 2019 – Amalan persekitaran kerja yang kemas,  selesa  dan selamat  merupakan salah satu faktor dorongan kepada pekerja untuk menghasilkan mutu kerja yang baik . Untuk tujuan itu, Jawatankuasa Pelaksanaan Amalan 5S PSB  telah mengadakan satu lawatan kerja  ke Pusat Pengajian Pengurusan, Teknologi dan Logistik (STML)  dalam usaha membuat penandaarasan serta berkongsi maklumat dan pengalaman  terhadap beberapa perkara berkaitan dengan pelaksanaan amalan 5S yang terbaik disitu.

STML  telah dipilih  sebagai lokasi utama lawatan disebabkan PTJ ini  telah memenangi Johan Pusat Pengajian dan  Juara  Keseluruhan dalam menjayakan budaya Amalan Persekitaran  Berkualiti 5S / QE 2018  di Universiti Utara Malaysia. Lawatan seramai 17 orang ini diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa 5S PSB  iaitu Puan Rahimah Ishak dengan disertai oleh 8 orang ahli Jawatankuasa manakala  9 orang lagi adalah Ketua-Ketua Zon yang mewakili Zon masing masing. Rombongan ini tiba di lokasi pada jam 10.00 pagi dan telah disambut mesra oleh barisan Jawatankuasa 5S STML yang diketuai oleh Encik Nasiruddin Abu Ghani, selaku Pegawai Tadbir  STML.

Dalam taklimat ringkas mengenai pelaksanaan 5S di STML, Encik Nasiruddin  berkongsi tips kejayaan 5S di PTJ beliau. Menurut beliau “Kekuatan kejayaan kami adalah pada  sokongan padu, idea bernas serta kreatif daripada  pengurusan  atasan itu sendiri dan seterusnya kepada semangat  kerjasama warga STML yang sentiasa mengamalkan budaya 5S di tempat kerja”.

Selesai taklimat, rombongan telah dibawa melawat beberapa zon untuk mendapat gambaran yang lebih jelas akan aktiviti 5S, inovasi dan kretiviti staf STML. Antara inovasi yang dihasilkan di sini adalah,  penilaian bulanan semua zon dan workstation, peringatan 5S setiap hari bekerja pada waktu pagi dan sebelum pulang dan memo  desktop di mana pada setiap paparan skrin PC warga STML,  masing masing telah dibuat pembahagian untuk meningkatkan mutu pekerjaan mereka dalam segala hal antaranya adalah motivasi kepada productivity, system, my job, my personal dan communication.

Secara keseluruhannya, lawatan ini sedikit sebanyak memberi motivasi dan suntikan semangat kepada para peserta lawatan untuk mengaplikasikan dan seterusnya menjayakan amalan 5S di PSB. Lawatan diakhiri dengan sesi bertukar  cenderahati dan bergambar untuk tujuan rekod kaizen di jabatan masing masing.

 

Disediakan oleh : Azniza Ahmad

Gambar :  Team 5S PSB

Share :