PSB ANJUR BENGKEL REFRESHMENT PANGKALAN DATA

2 April 2019 – Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menganjurkan satu Bengkel Pangkalan Data dan Perkhidmatan Rujukan di Information Desk. Bengkel ini bermula jam 8.30 pagi dan bertempat di Makmal Komputer 2.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memantap dan memperbaiki pengetahuan seseorang pegawai sewaktu bertugas di Kaunter Information Desk. Peserta yang terlibat di dalam bengkel ini adalah terdiri daripada kalangan Pustakawan dan sebilangan Pembantu Pustakawan. Bengkel ini telah disampaikan oleh 3 orang Pustakawan daripada Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat.

Bengkel ini telah dimulakan dengan sesi pertama iaitu Advanced Information Searching (Online Databases) yang telah disampaikan oleh Cik Norallia Askandar. Pada sesi ini, pelbagai tips dan kaedah carian maklumat yang lebih berkesan telah dikongsikan. Seterusnya, para peserta didedahkan dengan Law Database Training. Sesi kali ini telah disampaikan oleh Cik Mazyana Hashim selaku Ketua Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat dan beliau banyak berkongsi cara ilmu bagaimana mengakses pangkalan data undang-undang seperti Datastream, Lexis Nexis dan lain-lain.

Kemudian, bengkel ini diteruskan lagi dengan sesi seterusnya yang telah disampaikan oleh Pn. Siti Suriyani mengenai APA Citation and Information Desk Services. Antara topik utama perkongsian pada sesi ini adalah mengenai kepentingan ilmu membuat sitasi dan rujukan bibliografi yang betul di dalam penulisan bagi mengelakkan masalah plagiarisma. Setelah itu,bengkel ini diteruskan dengan sesi soal jawab dan maklumat tambahan daripada bahagian lain berkaitan perkhidmatan Perpustakaan bagi memantapkan lagi servis yang akan disampaikan kepada pengguna ketika bertugas di Kaunter Information Desk. Bengkel ini tamat sekitar jam 1.00 tengah hari

 

Disediakan dan gambar oleh : Noraini Alias

Share :