SUKANEKA PSB KUKUHKAN HUBUNGAN

Baru-baru ini Badan Kebajikan dan Amal Kakitangan Perpustakaan (BAKAL), Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menganjurkan aktiviti sukaneka dan ianya telah diadakan pada 8 Februari 2018 bertempat di padang Pusat Sukan, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Aktiviti ini merupakan acara riadah warga PSB dan merupakan salah satu cabang program di dalam Biro Sukan BAKAL. Bersama-sama memeriahkan aktiviti ini adalah 7 orang pelajar praktikum yang sedang menjalani latihan industri mereka di PSB. Kesemua mereka begitu teruja dan seronok dengan penganjuran aktiviti ini.

Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Ketua Pustakawan iaitu En. Salleh Hudin Mustafa yang juga merupakan penaung BAKAL. Beliau turut memeriahkan aktiviti dengan menunjukkan demo salah satu acara iaitu mengambil gula-gula di dalam tepung. Semua warga PSB begitu teruja melihat kesudian beliau itu dan ianya merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin mudah untuk dilupakan.

Objektif utama penganjuran aktiviti ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan warga PSB daripada semua peringkat umur di samping untuk memberi ruang kepada mereka untuk menonjolkan bakat dan kebolehan di dalam bidang sukan. Aktiviti sukaneka ini telah dipecahkan mengikut pelbagai jenis acara yang boleh disertai oleh semua peringkat umur.

Secara keseluruhannya, aktiviti ini telah berlangsung dengan jayanya dan telah mendapat sambutan dan sokongan daripada semua warga PSB.

Disediakan oleh : Ku Azmi Ku Ibrahim

Gambar oleh : Mohamad Fuzi Ismail

61total visits,2visits today