TAKLIMAT BERKAITAN LAWATAN AUDIT SIRIM PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015 KE PSB

18 November 2019 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Paras 1, Bangunan Utama, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), satu taklimat berkaitan lawatan Audit SIRIM Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 telah diadakan. Taklimat ini telah diadakan seawal jam 8.15 minit pagi.

Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah untuk menyampaikan pesanan kepada semua Pustakawan di PSB mengenai persiapan menghadapi lawatan audit tersebut pada 19 November 2019. Ianya telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, En. Razak Siamin dan juga turut disertai oleh Ketua Pustakawan iaitu En. Salleh Hudin Mustaffa.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian menghadapi audit adalah mengenai daftar risiko, cara pengurusan aduan pengguna, prosedur setiap bahagian dan banyak lagi. Beliau juga turut berpesan kepada Pustakawan baharu agar lebih bersedia dengan mengambil tahu mengenai piagam pelanggan jabatan, objektif kualiti serta cara-cara mengakses kepada dokumen ISO di dalam sistem.

Taklimat ini telah berakhir pada jam 8.45 pagi dengan harapan besar agar pasukan PSB mampu menghadapi Lawatan Audit SIRIM Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 ini dengan berjaya.

 

Disediakan dan gambar oleh: Noraini Alias

Share :