PSB TERIMA LAWATAN AUDIT SIRIM QAS

19 November 2019 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima satu lawatan daripada pasukan Audit SIRIM QAS bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Pustakawan, PSB.

Ini adalah merupakan Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 dimana penilaian yang dibuat melibatkan proses kerja perkhidmatan perpustakaan dalam konteks pengurusan, kepimpinan, perancangan, penilaian prestasi, penambahbaikan operasi agar kepuasan pelanggan tercapai.

Proses audit yang berlangsung hampir 4 jam ini telah melibatkan beberapa bahagian penting yang terdapat di PSB iaitu Perolehan, Sirkulasi dan Rujukan serta menemubual beberapa pegawai perpustakaan. Juruaudit yang hadir ke PSB adalah Encik Abdul Lataf Daud diiringi oleh Prof Madya Dr Che Azlan Taib serta wakil PSB iaitu Encik Razak Siamin dan Encik Salleh Hudin Mustaffa.

 

Disediakan oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

Share :