UPSI PILIH PSB SEBAGAI LOKASI LAWATAN PENANDA ARAS

Pada 9 Disember 2015 yang lalu, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah di datangi oleh delegasi daripada Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kehadiran delegasi ini adalah bersempena lawatan sambil belajar ataupun telah dipilih sebagai lokasi lawatan penanda aras di PSB khususnya di Bahagian Perolehan, Pemerosesan Teknik dan Siri.

Lawatan yang diketuai oleh Cik Noriha binti Muhammad ini bertujuan untuk bertukar pandangan, tatacara kerja dan melakukan penanda arasan mengenai proses kerja perolehan dan pemprosesan bahan perpustakaan. Mereka ini terdiri daripada 12 orang iaitu 3 orang merupakan Pustakawan Kanan, 6 orang Pembantu Perpustakaan dan 2 orang Pembantu Am Pejabat.

Kunjungan mereka disambut mesra oleh Ketua Pustakawan Encik Salleh Hudin Mustafa bersama-sama Ketua Penolong Pustakawan iaitu Encik Mohd Nor Ahmad dan Encik Muhamad Mazlan Jalla. Turut mengiringi Ketua Pustawan adalah Puan Rahimah Ishak, Ketua Bahagian Perolehan, Puan Norma Said, Ketua Bahagian Pemerosesan Teknik dan Puan Hasma Haji Harun, Ketua Bahagian Siri.

Rombongan juga telah dibawa melawat melihat sekitar PSB sambil diberikan penerangan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PSB. Lawatan ini berakhir pada jam 5.00 petang. Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat memacu kedua-dua organisasi ini ke arah kejayaan dan terima kasih UPSI kerana memilih PSB sebagai lokasi lawatan penanda aras pilihan anda.

15total visits,1visits today