WARGA PSB DIBERI TAKLIMAT KHAS COVID-19 OLEH KETUA PUSTAKAWAN

15 Mac 2020 – Seawal jam 8.30 pagi, satu taklimat khas oleh Ketua Pustakawan kepada semua staf telah diadakan di Auditorium 2, Bangunan Baharu, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB).

Taklimat ini adalah merupakan suatu keperluan yang perlu dilaksanakan ekoran daripada penularan wabak Novel Coronavirus (COVID-19) yang semakin serius di Malaysia. Encik Salleh Hudin Mustaffa selaku Ketua Pustakawan turut berkongsi situasi terkini mengenai wabak ini. Beliau turut memberi nasihat agar mamatuhi semua saranan pencegahan penularan wabak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  Selain itu, pihak pengurusan UUM turut mengeluarkan pekeliling khusus menguruskan tugas-tugas harian di jabatan masing-masing sepanjang tempoh wabak ini menular.

Sebagai langkah pencegahan awal, pihak pengurusan PSB menggalakkan semua staf menggunakan smart kad untuk merekod kehadiran daripada yang sebelumnya iaitu merekod kehadiran mengunakan pengimbasan cap ibu jari. Langkah ini boleh dikatakan adalah sesuai untuk dilaksanakan secepat mungkin agar dapat membendung penularan wabak penyakit ini. Menurut En. Salleh Hudin juga, pihak universiti turut mengehadkan jumlah lawatan dari pihak luar dan bercadang untuk mengadakan kuliah secara atas talian bagi membendung penularan wabak ini. Pihak univeristi juga telah melaksanakan pelbagai langkah pencegahan dengan merujuk kepada saranan kerajaan dan segala maklumat terkini akan disalurkan secepat mungkin untuk kepentingan warga universiti.

Taklimat ini tamat sekitar jam 9.00 pagi dengan harapan semoga wabak penyakit Covid-19 ini dapat ditangani secepat mungkin.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Mad Affrizi Ismail

Share :