127 WARGA KAMPUS SERTAI BENGKEL “PUBLISH & FLOURISH”

Sekali lagi Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menganjurkan Bengkel “Publish And Flourish” pada 9 Oktober 2018 yang bertempat di Auditorium 2, Bangunan Tambahan PSB. Menerima penyertaan seramai 127 peserta yang terdiri daripada pensyarah, pelajar Pasca Siswazah dan kakitangan Universiti Utara Malaysia yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Konsultan daripada Solution, Southeast Asia Clarivate Analytics, Puan Chng Dju-Lin yang merupakan pakar runding pengkhususan dalam bidang penyelidikan saintifik dan ilmiah. Beliau juga bertanggungjawab membuat promosi ke seluruh Asia Tenggara dengan menumpukan kepada Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang tersebut lebih daripada 15 tahun dalam kariernya. Beliau telah mewakili penerbit terkenal seperti Elsevier, SAGE dan British Medical Journal sebagai penceramah di seminar dan persidangan di seluruh Asia Pasifik.

Disediakan oleh: Norashikin Bt Ibrahim.

45total visits,2visits today