PSB ONLINE: 6 Oktober 2026 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) mencatat kejayaan membanggakan apabila muncul Johan Kontinjen Terbaik Kategori Staf sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026 yang berlangsung hari ini.
Kejayaan itu menyaksikan PSB menerima mock cheque bernilai RM1,000.00 dan hamper selepas menampilkan semangat berpasukan dan komitmen tinggi sepanjang sambutan berkenaan.
Bertemakan “Madani Dihayati, Ummah Diberkati”, sambutan tersebut diadakan bagi menyemarakkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW serta mengukuhkan perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan warga universiti.
Menurut Pn Fazliana, selaku Ketua Kontinjen PSB, kemenangan yang diraih merupakan hasil usaha bersama seluruh
warga perpustakaan yang tidak jemu menyumbang masa, tenaga dan idea sepanjang persiapan program.
“Kita bermula sebagai satu pasukan, bergerak dengan satu hati dan hari ini kita menang kerana kita bersatu. Kemenangan ini milik seluruh warga PSB,” katanya.
Sementara itu, Pn Mazyana Hashim, Yang Menjalankan Fungsi Ketua Pustakawan, menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga PSB atas komitmen yang diberikan sepanjang program tersebut.
“Kemenangan ini adalah hasil usaha bersama. Teruskan semangat berpasukan, saling bertolak ansur dan datang bekerja dengan jiwa. In s
haa Allah, setiap urusan akan dipermudahkan,” katanya.
Beliau turut berharap semangat kebersamaan yang terjalin melalui program tersebut dapat terus dipupuk dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab di tempat kerja.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga PSB atas kejayaan yang membanggakan ini.
Disediakan oleh: Siti Ainsyah Kamis
Gambar oleh: Ajmal Afif Abdul Rais