PSB ONLINE: 1 Oktober 2026-Sesi perkongsian buku When Breath Becomes Air karya Paul Kalanithi yang disampaikan oleh Puan Zuraidah Darus telah membuka ruang kepada warga Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) untuk menghayati perspektif yang lebih mendalam tentang kehidupan, ketabahan dan nilai kemanusiaan.
Melalui perkongsian tersebut, beliau mengupas kisah perjalanan hidup seorang pakar bedah saraf yang berdepan ujian kanser pada kemuncak kerjayanya, sekali gus mengajak pendengar merenung makna kehidupan, ketabahan dan nilai kemanusiaan.
Menurut beliau, buku ini bukan sekadar catatan pengalaman seorang doktor yang menjadi pesakit, malah sarat dengan pengajaran tentang menghargai masa, membuat pilihan yang bermakna dan menerima hakikat kehidupan dengan hati yang terbuka.
Mengakhiri sesi, beliau menekankan kepentingan untuk sentiasa bersikap terbuka terhadap pandangan dan pengalaman orang lain. Beliau berkata, “Semua orang ada kepakaran masing-masing, tapi tidak salah untuk mendengar pandangan orang lain.”
Sesi perkongsian ini memberikan perspektif yang berharga kepada warga PSB serta menyemarakkan lagi budaya membaca dan perkongsian ilmu dalam kalangan staf perpustakaan.
Disediakan oleh: Siti Ainsyah Kamis
Gambar oleh: Mohammad Farhan Abu Bakar