BAKAL BERSAMA WARGA PSB PAMER SEMANGAT GOTONG-ROYONG SEMPENA MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-60

Pada 23 Ogos 2017 yang lalu, satu aktiviti gotong-royong membungkus roti telah diadakan bertempat di Sudut Kanak-Kanak, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Aktiviti ini telah diuruskan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Badan Kebajikan dan Amal Kakitangan Perpustakaan (BAKAL), serta beberapa orang staf PSB yang lain.

Aktiviti ini diadakan adalah bersempena Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-60, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang akan diadakan pada 24 Ogos 2017. Pihak BAKAL mewakili PSB, dipertanggungjawabkan untuk menyediakan bungkusan roti beserta air mineral untuk diedarkan kepada semua staf UUM yang hadir pada perhimpunan tersebut.

Semoga segala kerjasama yang terjalin sepanjang proses gotong-royong tersebut dapat menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan di kalangan semua staf PSB.

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

24total visits,2visits today