LAWATAN PENANDAARASAN DARIPADA PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UMT KE PSB

Pada 28 Ogos  2017 yang lalu, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Seramai 7 orang delegasi UMT telah hadir ke lawatan berkenaan antaranya adalah En. Abu Hassan Ghazali yang merupakan Timbalan Ketua Pustakawan UMT serta beberapa orang Pustakawan UMT.

Antara objektif utama lawatan ini adalah sebagai salah satu pendedahan kepada proses pertukaran sistem pengurusan perpustakaan (LMS) yang sebelumnya menggunakan sistem ILMU. Selain itu juga, lawatan ini juga dapat memberi pendedahan mengenai cabaran, faktor dan kesan sebelum dan selepas pertukaran sistem pengurusan Perpustakaan. Tidak terhad kepada itu sahaja, malah lawatan penandaaras ini turut dimuatkan dengan perkongsian pengurusan Repositori Digital (IR) serta gambaran secara keseluruhan operasi sistem perpustakaan yang baharu melalui modul yang digunapakai oleh PSB yang merangkumi penyediaan laporan dan statistik. Secara keseluruhannya, lawatan ini tertumpu khusus di bahagian Automasi serta Arkib PSB.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak Perpustakaan UMT kerana sudi mengunjungi PSB. InsyaAllah diharapkan jalinan hubungan antara UMT dan PSB akan lebih erat terjalin di masa hadapan.

Disediakan oleh: Norashikin Bt Ibrahim

Gambar: Ishar Bin Md Zain

30total visits,2visits today