PSB ONLINE: 20 Ogos 2026 – Seramai 11 orang staf pentadbiran Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah berjaya mengikuti latihan celik perisian peringkat dalaman menerusi Bengkel WordPress & Kadence yang berlangsung di sini, baru-baru ini.
Bengkel anjuran Unit Laman Web PSB ini dijalankan di Makmal 2, Bangunan Tambahan PSB. Makmal komputer ini dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan peralatan komputer (PC) bagi memastikan setiap peserta dapat menjalani latihan praktikal secara langsung.
Sesi latihan dan bimbingan ini telah disampaikan oleh Encik Zaihasrim Mohd Dawal dari Unit Laman Web PSB sendiri.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh serta menggilap kemahiran staf dalam menguruskan kandungan laman web rasmi PSB.
Melalui gabungan WordPress dan Kadence, para peserta mempelajari teknik reka bentuk susun atur web yang lebih moden, pantas, dan sistematik.
Melalui inisiatif digital ini, warga kerja PSB kini mampu memastikan maklumat di laman web rasmi sentiasa dikemas kini.
Usaha ini secara tidak langsung menyokong penyampaian perkhidmatan maklumat yang lebih pantas dan dinamik kepada seluruh warga universiti.
Disediakan oleh: Zarith Sofea Zaharin
Gambar oleh : Mohd Amerul Shafiz Hasbullah & Zarith Sofea Zaharin