Pendekatan CBT-H Bantu Tingkat Kesedaran Terhadap Kesihatan Mental

PSB ONLINE: 20 Ogos 2026 – Sesi Telaah Buku anjuran PSB telah menampilkan Dr. Norashikin Ibrahim sebagai pengulas bagi buku CBT-H: CBT for Healing (Terapi Penyembuhan Kognitif Tingkah Laku) karya Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, yang mengetengahkan pendekatan terapi kognitif tingkah laku dalam membantu proses penyembuhan dan kesejahteraan mental. 

Melalui perkongsian tersebut, warga PSB didedahkan kepada pendekatan Cognitive Behavioral Therapy for Healing (CBT-H) yang menekankan hubungan antara pemikiran, emosi dan tingkah laku dalam membantu individu mengurus cabaran kehidupan dengan lebih berkesan. 

“Penyembuhan bukan sekadar menghilangkan simptom atau kesakitan emosi, tetapi turut melibatkan usaha mengubah cara berfikir agar lebih positif dan membina dalam menghadapi cabaran kehidupan,” kata Dr. Norashikin Ibrahim semasa sesi perkongsian. 

Beliau turut menjelaskan bahawa buku ini menyediakan pelbagai panduan dan teknik praktikal yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian untuk mengurus tekanan dan cabaran emosi dengan lebih berkesan. 

Sesi ini berjaya meningkatkan kesedaran warga PSB tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental serta manfaat terapi kognitif tingkah laku dalam membentuk pemikiran yang lebih sihat dan positif. 

 

Disediakan oleh: Siti Ainsyah Kamis 
Gambar oleh: Abd Hadi Taib

News Archive
Skip to content