BENGKEL PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM DIRI MANUSIA SUNTIK SEMANGAT POSITIF WARGA PSB

7 September 2017 – Unit Latihan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan satu sesi bengkel untuk perkongsian bersama 57 orang Pembantu Pustakawan mengenai cara terbaik mengurus perubahan diri sebagai staf di PSB. Pada bengkel tersebut, semua peserta telah menjalani sesi mengenali diri melalui satu ujian psikologi. Selepas menjalani ujian tersebut, semua peserta telah dijelaskan mengenai keputusan mereka.  Setiap orang mempunyai perbezaan sikap dan karakter, oleh itu disamping bekerja kita juga perlu mengawal diri setiap masa demi jabatan di mana kita bekerja.

Semua peserta juga telah diberi peluang untuk mengenali rakan sekerja dengan lebih rapat bagi mengeratkan hubungan sesama mereka. Dengan bantuan kaunselor bengkel, didapati beliau telah berjaya mengcungkil banyak perkara dalam diri setiap peserta demi matlamat jabatan iaitu untuk memberi perkhidmatan kepada warga kampus. Selain itu juga, pelbagai cadangan dan pendapat telah dilontarkan kepada pihak pengurusan PSB supaya pihak pengurusan lebih prihatin dan memahami keadaan serta keperluan staf yang bertugas di kaunter dan sebagai orang pertama yang berjumpa dengan pengguna. Semoga dengan cadangan dan pandangan yang telah disampaikan oleh peserta dapat membantu mencapai matlamat jabatan dan mengurangkan masalah kepada pengguna.

Bengkel pengurusan perubahan dalam diri manusia ini telah dikendalikan oleh Encik Muhammad Salleh Ahmad Fadzillah, Pengarah Pusat Kaunseling dan Puan Nurul Adilah Che Hamzah, Pegawai Psikologi, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Utara Malaysia (UUM). Semua peserta mengharapkan sesi seumpamanya dapat diadakan dari masa ke semasa. Turut hadir bersama adalah Tuan Haji Abu Bakar Mat Safar, Ketua Penolong Pendaftar PSB.

Disediakan oleh : Ku Azmi Ku Ibrahim

Gambar oleh : Zaiful Izwan Ibrahim

25total visits,2visits today