HARI BERSAMA PELANGGAN PSB 2018 JALIN UKHUWAH BERTERUSAN

Kemeriahan Hari Bersama Pelanggan PSB 2018 masih lagi terasa dengan pelbagai program dan aktiviti menarik yang telah berjaya dianjurkan oleh Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Program ini telah bermula pada 19 hingga 27 Mac 2018 dan telah disambut baik oleh semua pelanggan PSB.

‘Hari Bersama Pelanggan PSB’ adalah program tahunan dan merupakan platform yang terbaik untuk mendekati para pelanggan PSB di samping dapat manawarkan servis yang lebih efektif dan efisien. Ianya bukan sahaja dapat memberi penghargaan kepada mereka malah dapat juga mengeratkan silaturrahim di antara keduanya.

Antara aktiviti yang diadakan adalah pembukaan kaunter pertanyaan di lobi Bangunan Utama PSB dengan menawarkan servis ‘Upgrade your on loan books’ di mana pengguna boleh menambah jumlah pinjaman buku yang telah melebihi jumlah kelayakan pinjaman semasa mereka sepanjang tempoh ini. Mereka juga dialu-alukan untuk bertanya pelbagai soalan mengenai servis dan fasiliti di PSB selain turut dihebahkan mengenai sistem SURE (System of University & Related Events), Arkib UUM dan lain-lain.

Selain itu, PSB juga turut menganjurkan aktiviti-aktiviti menarik antaranya adalah Mini Book Fair 2018, Pertandingan Video Pendek, Zumba, Pertandingan Resensi Buku, Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak, dan pelbagai lagi.

Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang hangat daripada pelbagai latar belakang pengguna PSB. Kebanyakkan mereka amat berterima kasih kepada PSB di atas servis dan fasiliti yang terbaik yang telah ditawarkan selama ini.

Disediakan oleh : Noraini Alias

Gambar oleh : Mohamad Fuzi Ismai

31total visits,2visits today