PSB ANJUR MINI BOOK FAIR 2018

Mini Book Fair 2018” telah diadakan pada 19 hingga 27 Mac 2018 bertempat di hadapan Kaunter One Stop Center, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Pesta buku ini telah berlangsung selama seminggu dan ianya diadakan bersempena dengan sambutan “Hari Bersama Pelanggan PSB 2018” yang turut diadakan dalam tempoh yang sama.

Sepanjang acara ini berlangsung, pensyarah dapat meluangkan masa untuk memilih dan mencadangkan pembelian buku kepada PSB sebagai salah satu bahan pengajaran kursus daripada 7 pembekal yang turut serta seperti Bookline Services, Pustaka Kamza, Koperasi UUM dan lain lagi.

Selain dapat menjalinkan kerjasama yang lebih utuh di antara pensyarah dan PSB, ianya juga dapat memberi faedah kepada pelajar UUM untuk merujuk sumber bahan yang berkualiti.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dengan jayanya.

Disediakan oleh : Noraini Alias

55total visits,3visits today