JELAJAH HUTAN SINTOK DIDIK KEMAHIRAN IKHTIAR HIDUP

Pada 9 November 2017 yang lalu, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan aktiviti menjelajahi Hutan Sintok. Aktiviti ini telah diketuai oleh Encik Abu Bakar Mat Safar, Pegawai Tadbir Kanan. Sebelum bergerak, para peserta telah diberi sedikit taklimat dengan disudahi dengan bacaan doa ringkas. Semua peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang bertanggungjawab terhadap ahli kumpulannya.

Sepanjang perjalanan menjelajahi hutan, setiap kumpulan telah diberi satu tugasan iaitu bagaimana menyelamatkan rakan yang cedera ketika di hutan. Setiap kumpulan telah diberi kain penyelamat dan mereka perlu mencari kayu yang utuh untuk dimasukkan ke dalam kain penyelamat dan dijadikan kayu pemegang bagi mengusung rakan yang tercedera. Aktiviti ini sangat berguna kerana ianya mengajar para peserta semangat kerjasama di kalangan ahli kumpulan dan ilmu ikhtiar hidup ketika berada di dalam hutan.

Aktiviti ini tamat sekitar jam 12 tengahari dengan kesemua peserta berjalan pulang ke PSB secara berkumpulan. Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi bagi membentuk ketahanan mental dan fizikal yang lebih jitu di kalangan semua staf PSB.

Disediakan oleh : Noraini Alias

Gambar oleh : Mohamad Fuzi Ismail

29total visits,2visits today