WORLDCAT DISCOVERY TRAINING @ PSB

14 November 2017 – Bermula pada jam 10.00 pagi, telah berlangsungnya satu sesi latihan menggunakan pangkalan data “Worldcat Discovery” oleh wakil syarikat NM13 Sdn. Bhd. Sesi latihan ini bertempat di Makmal Komputer 2, Bangunan Tambahan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, PSB dan ianya telah disampaikan oleh Encik Abdul Fatah Muhsin selaku Pegawai Eksekutif/ Teknikal dengan dibantu oleh 2 orang pegawai yang lain iaitu Puan Nurulmuna Ezzati Mohd Azmi dan Puan Venessa Venda Vitales.

Tujuan utama penganjuran sesi latihan ini adalah untuk mempromosikan penggunaan pangkalan data tersebut bagi meningkatkan kadar penggunaannya. Langganan pangkalan data “Worldcat Discovery” adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang meliputi akses kepada semua Universiti Awam Malaysia. Oleh yang demikian, kadar penggunaan pangkalan data ini adalah amat penting dan mempengaruhi keputusan dalam langganan pangkalan data ini di masa hadapan. Sedikit mengenai faedah menggunakan pangkalan data ini adalah ianya dapat memberi kemudahan kepada pengguna untuk mengetahui keberadaan sesuatu bahan di seluruh dunia. Ianya juga dapat membantu mempercepatkan proses Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP).

Sesi latihan ini adalah anjuran Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Pelanggan, PSB dan telah berakhir pada jam 12 tengahari.

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Hasma Haji Harun

22total visits,3visits today