KEMERIAHAN HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN 2019

13 – 17 Oktober 2019Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menganjurkan Hari Terbuka Perpustakaan 2019 bertempat di foyer PSB. Pelbagai program-program menarik direncanakan buat warga Universiti Utara Malaysia (UUM) amnya dan pengguna PSB khususnya.

Pada tahun ini, PSB telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada penggunanya. Antaranya adalah Scavenger Hunt, Photo Contest, Read and Share, Book Shelving Contest, dan Knowledge Quest khusus buat para pelajar UUM. Manakala untuk kanak-kanak masyarakat setempat disediakan dengan program seperti Pertandingan Mewarna dan Storytelling. Tidak lupa juga buat staf dan warga UUM iaitu Talks on Depression, Zumba dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma. Akhir sekali, adalah cabutan bertuah buat pengunjung perpustakaan yang terpilih serta responden bertuah dalam Kajian Tabiat Membaca di Kalangan Universiti Awam 2019.

Selain  program yang direncanakan oleh pihak tuan rumah, PSB turut menjemput pihak hospital berdekatan untuk menyertai di samping memeriahkan Hari Terbuka PSB dengan mendirikan Booth Derma Darah, Tabung Haji, SSPNi, ASN, Sirkulasi, Rujukan, Arkib, Book Truck dan lain-lain lagi.

Hari Terbuka Perpustakaan 2019 telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan daripada warga kampus dan masyarakat setempat. Semoga PSB dapat meneruskan aktiviti seperti ini di masa-masa akan datang.

 

Disediakan oleh : Hanie Azyyati Abdul Jamil

Gambar oleh : Mohamad Fuzi Ismail

Share :