KEMERIAHAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI WARGA PSB 2016

Kemeriahan Aidilfitri masih lagi dirasai oleh warga Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri  pada 20 Julai 2016 anjuran Badan Kebajikan dan Amal Perpustakaan (BAKAL) baru-baru ini. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan hari raya aidilfitri sesama warga PSB di dalam suasana kemeriahan bulan Syawwal yang masih belum lagi berakhir dan juga memberi peluang kepada staf PSB khususnya menjalinkan ukhuwah dan kemesraan di antara satu sama lain. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Abu Hassan Ghazali selaku Pengerusi BAKAL dan seterusnya ucapan daripada Encik Salleh Hudin Mustaffa, Ketua Pustakawan.

Encik Salleh Hudin Mustaffa berkata, “majlis ini diadakan adalah untuk memupuk jalinan yang erat sesama warga PSB dan semoga kita sama-sama sentiasa mengamalkan rasa bersyukur diatas nikmat dan rezeki yang telah diberikan”. Turut sama memeriahkan majlis ini adalah warga kerja UPSB yang bertugas di sekitar bangunan PSB.

Majlis ini bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Semangat dan kerjasama yang erat warga PSB dalam menjayakan majlis ini diharap berterusan dan semoga ianya mampu memberikan kekuatan dalam kesepakatan warga PSB.

Disediakan oleh: Isanuddin Bidin

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail dan Mad Affrizi Ismail

41total visits,1visits today