LAWATAN KERJA DARIPADA PERPUSTAKAAN UMK

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima lawatan kerja daripada Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 26 Julai 2016 yang lalu. Kunjungan yang berlangsung selama satu jam itu bermula 2.30 hingga 3.30 petang terdiri daripada tiga orang staf perpustakaan UMK iaitu Encik Hairuladzhar Mohd Hamdi, Timbalan Pustakawan, Encik Amirul Firdaus Zilah, Pustakawan Kanan dan juga Cik Siti Zaharah Mohammad Rohi, Pustakawan. Lawatan ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara dua buah perpustakaan serta berkongsi ilmu mengenai tugas dan proses kerja masing-masing.

Sesi dimulakan dengan ucapan aluan Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Shukra Shuib. Seterusnya taklimat ringkas mengenai perpustakaan secara umum dan fungsi dan proses kerja bahagian penyelidikan dan komunikasi korporat secara khususnya dan sesi soal jawab. Turut serta bersama dalam lawatan ini ialah Encik Muhamad Mazlan Jalla dan beberapa orang staf bahagian penyelidikan dan komunikasi korporat. Lawatan tersebut diakhiri dengan lawatan sekitar bangunan perpustakaan bagi melihat kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PSB.

Disediakan oleh: Norashikin Ibrahim

Gambar oleh: Ishar Md Zain

36total visits,1visits today