“Kemilau Dari Tanah Ini” Menonjolkan Bakat Seni Ku Safina

Bakat seninya terserlah apabila Puan Ku Safina Ku Ismail, Pustakawan daripada  Bahagian Terbitan Bersiri Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), telah dinobatkan sebagai Naib Johan bagi Kategori Staf dalam Pertandingan Deklamasi Sajak anjuran Pusat Bahasa, Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena Hari Bertemu Pelanggan pada 29 September 2014 yang lalu. Beliau telah mendeklamasikan sajak yang bertajuk “Kemilau Dari Tanah Ini” hasil karya Shamsuddin Othman.

Seramai 16 orang peserta telah mengambil bahagian di dalam program tersebut dan mereka ini terdiri daripada kalangan staf dan pelajar. Malahan program ini turut melibatkan masyarakat luar kampus seperti sekolah dan taska. Sementara itu ketika diminta mengulas berhubung dengan kejayaan memenangi tempat ke dua ini, Ku Safina berkata ” pertandingan ini digunakan sebagai tempat untuk mengasah bakat yang telah lama ditinggalkan”. Pihak perpustakaan mengucapkan sekalung tahniah buat beliau.

Oleh: Isanuddin Bidin | Gambar oleh: Ku Safina Ku Ismail

62total visits,3visits today