PSB MENJALANKAN PROGRAM ORIENTASI PERPUSTAKAAN UNTUK PELAJAR BARU

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan Program Orientasi Perpustakaan kepada pelajar-pelajar baru bagi kemasukan Semester Pertama Sesi 2014/2015. Program ini dijalankan selama 5 hari ini bermula pada 7 hingga 11 September 2014 dan bertempat di Auditorium 1 dan 2 telah dikendalikan oleh Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat, PSB.

Program ini merupakan satu aktiviti yang wajib kepada pelajar-pelajar baru Universiti Utara Malaysia (UUM) terutamanya pelajar-pelajar ijazah pertama bagi memastikan mereka mengetahui tentang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan. Malah mereka juga diberi pendedahan terhadap sumber-sumber maklumat, lokasi bahan serta diberi tunjuk ajar mengenai kaedah dan teknik pencarian bahan yang terdapat di perpustakaan. Kemahiran ini amat penting bagi membantu para pelajar mengesan bahan-bahan di perpustakaan dalam melengkapkan pengajian dan tugasan mereka.

Selain itu, program ini turut menguji tahap kefahaman para pelajar mengenai aspek perkhidmatan, sumber, koleksi yang ditawarkan oleh pihak perpustakaan menerusi Kuiz X’plorasi Minda dimana para pelajar boleh menyertainya secara atas talian melalui laman sesawang perpustakaan. Kuiz  ini akan berlangsung bermula 14 hingga 30 September 2014.

Oleh: Isanuddin Bidin | Gambar oleh:  Mad Affrizi Ismail dan Siti Nor Hajar Abdul Rahman

64total visits,1visits today