KONSEP STORYTELLING MAMPU TARIK MINAT MEMBACA

18 Disember 2017 – Bersempena dengan cuti sekolah, Sudut Kanak-kanak (SKK), Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), telah menerima kunjungan daripada Prof. Madya Dr. Faudziah Binti Zainal Abidin, Pengarah Institut Pengurusan Kualiti (IPQ), UUM. Oleh kerana minat yang mendalam, beliau sanggup meluangkan masa bersama seramai 25 orang kanak-kanak di SKK untuk menghiburkan mereka dengan aktiviti Storytelling. Aktiviti ini adalah julung kalinya diadakan dan ianya adalah di bawah seliaan Bahagian Sirkulasi dan Perkhidmatan Pembaca, PSB.

Judul cerita yang disampaikan adalah bertajuk The Queen Bee. Aktiviti ini menjadi lebih menarik kerana beliau bukan sahaja bercerita malah turut berinteraksi bersama kanak-kanak tersebut bagi menarik perhatian mereka. Menurut beliau Storytelling adalah salah satu kaedah yang dapat menarik minat anak-anak untuk membaca di samping dapat mendalami serta memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris. Selesai bercerita, beliau turut meluangkan lebih masa untuk beramah mesra bagi memupuk silaturrahim serta mendekatkan jarak di antara kanak-kanak tersebut.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Fauziah Binti Zainal Abidin di atas kesudian beliau menghiburkan hati anak-anak di SKK.

Disediakan dan gambar oleh : Maziana Bakar

53total visits,2visits today