PSB BERSIAP SIAGA MENGHADAPI AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 9001:2015

14 Disember 2017 (Khamis) – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan satu Taklimat Mengenai Sistem Kualiti Baharu Universiti kepada warga PSB yang bertempat di Auditorium 1, Bangunan Utama Perpustakaan. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan mengenai Sistem Kualiti Baharu Universiti di mana seiring dengan lawatan Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS yang bakal berlangsung pada 18 hingga 20 Disember 2017 ke Universiti Utara Malaysia (UUM).

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Razak Siamin, Ketua Penolong Pustakawan kepada 50 orang staf PSB yang hadir. PSB merupakan salah satu jabatan yang perlu menyampaikan sistem perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna iaitu termasuklah pelajar, staf akademik dan pemegang taruh serta sentiasa menjadi salah satu lokasi utama dalam setiap lawatan audit. Justeru, taklimat ini dapat memberi peluang kepada warga PSB membuat persediaan bagi menghadapi audit daripada SIRIM agar dapat sedaya upaya berusaha untuk memenuhi ukuran piawai yang diperlukan dalam audit bagi mencapai matlamat Jabatan khususnya dan Universiti amnya.

Disediakan Oleh : Zaiful Izwan Ibrahim

Gambar oleh : Mohamad Fuzi Ismail

23total visits,2visits today