LAWATAN PASUKAN AUDIT SIRIM QAS KE PSB

Pada 20 Disember 2017, pasukan Audit MS ISO 9001:2015 dari SIRIM QAS telah mengadakan lawatan audit pemantauan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) bermula jam 8.30 pagi.

Dalam menghadapi lawatan ini, semua warga PSB telah bersiap-sedia dari segi mental dan fizikal terutama kriteria seperti pengetahuan mengenai dokumen ISO dalam talian yang berkaitan tugas masing-masing, dasar kualiti UUM, fail meja, objektif kualiti, daftar risiko, fail atau dokumen-dokumen termasuk dokumen rujukan yang berkaitan dengan proses kerja masing-masing.

Pasukan Audit ini telah disambut mesra oleh Encik Salleh Hudin Mustaffa, Ketua Pustakawan serta beberapa orang pegawai PSB yang terlibat. Proses audit ini meliputi semakan rekod dan dokumen serta semakan buku di rak.

Sementara itu, semua Ketua Bahagian serta staf telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang proses audit ini berlangsung bagi memastikan segala keperluan dalam proses audit ini berjalan lancar. Lawatan audit pemantauan ini telah berakhir pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh : Noraini Alias

31total visits,2visits today