KUIZ EMERALD DAPAT SAMBUTAN DI PESTA BUKU UTARA DISCOVER UUM 2016

Sempena sambutan Pesta Buku Utara Discover UUM 2016, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) juga tidak ketinggalan untuk turut serta memeriahkan suasana dan berpeluang mendekati para penggunanya melalui penganjuran Kuiz Emerald sepanjang tempoh pesta berlangsung. Kuiz Emerald anjuran perpustakaan ini merupakan salah satu acara yang dikendalikan oleh Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat. Kuiz ini terbuka kepada semua pelajar dan staf UUM. Sebanyak 15 soalan dikemukakan di mana semua jawapannya boleh diperolehi melalui artikel jurnal yang diterbitkan oleh Emerald Publishing. Kuiz Emerald ini bermula pada 20 sehingga 23 Mac 2016 dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Setiap hari, sebanyak 10 set soalan akan diedarkan dan 3 pemenang akan dipilih setiap hari berdasarkan ketepatan jawapan yang diberikan. Kuiz Emerald telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar dan juga staf UUM. Pemenang kuiz akan dihubungi setiap hari dan hadiah diberikan di Booth PSB pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh : Ku Azmi Bin Ku Ibrahim

Gambar oleh : Mohamad Fuzi B Ismail

27total visits,3visits today