Kumpulan Smarties Muncul Johan Bagi Kategori 5S/QE

Kumpulan Smarties dari Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah muncul Johan bagi kategori 5S/QE di Konvensyen Mini Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE) peringkat universiti yang berlangsung di Dewan Seminar A & C, Kompleks Konvensyen pada 26 Febuari 2014. Sebagai pemenang tempat pertama, kumpulan Smarties telah berjaya mengondol hadiah berupa wang tunai berjumlah RM2,000.

Kejayaan kumpulan Smarties ini adalah sesuatu yang membanggakan kerana ini adalah penyertaan pertama PSB di dalam sebarang bentuk konvensyen yang melibatkan 5S/QE. Pengorbanan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh ahli kumpulan yang dianggotai oleh Norfa’iza Binti Ismail, Mohd Amerul Shafiz Bin Hasbullah, Jamaliah Binti Ibrahim, Siti Nor Hajar Binti Abdul Rahman, Mazyana Binti Hashim, Asmaniza Binti Mansor telah Berjaya menaikkan nama di dalam perlaksanaan amalan 5S di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sementara itu menurut fasilitator kumpulan Smarties Encik Muhamad Mazlan Jalla, kejayaan yang dicapai oleh PSB ini merupakan sesuatu yang tidak terduga kerana kumpulan-kumpulan lain turut memberi persembahan yang hebat di di Konvensyen Mini Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE). Beliau seterusnya berharap agar kejayaan ini dapat membakar semangat seluruh warga PSB untuk terus memantapkan amalan 5S di persekitaran kerja masing-masing.

 

48total visits,3visits today