PSB Menerima Kunjungan Juruaudit Anugerah Kecemerlangan Baharu

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima kunjungan Juruaudit Anugerah Kecemerlangan Baharu UUM sesi 2013/2014 pada 24 Februari 2014 (Isnin) jam 11.00 pagi. Auditor yang terlibat adalah terdiri daripada Prof. Madya Dr. Mohd Syazwan Abdullah selaku Ketua Juruaudit, Dr. Hamida Beebi Abdul Karim dan Encik Saarif Rosli Saarif Ahmad.

Sepanjang proses audit ini berlangsung, pihak auditee telah dinilai daripada aspek pencapaian, pengiktirafan yang telah diperolehi, aktiviti-aktiviti anjuran jabatan, keberkesanan perkhidmatan yang telah disampaikan kepada pengguna perpustakaan dan juga lain-lain kriteria penilaian perkhidmatan yang telah ditetapkan. Puan Shukra Shuib, Timbalan Ketua Pustakawan selaku wakil jabatan telah mempengerusikan audit tersebut dan beliau turut dibantu oleh dua orang Pustakawan iaitu Puan Na’imah Ramdan dan Cik Hanie Azyyati Abdul Jamil.

Oleh:Isanuddin Bidin; Gambar oleh: Siti Nor Hajar Abdul Rahman

52total visits,3visits today