KUNJUNGAN DELEGASI UMS DISAMBUT MESRA

28 Mei 2019 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima satu kunjungan lawatan daripada Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Lawatan ini adalah lawatan penandaarasan yang berobjektif untuk melihat dengan lebih dekat dan jelas amalan pengurusan terbaik (best practices) mengenai kemudahan infrastruktur ruang-ruang perkhidmatan perpustakaan daripada aspek ruang bacaan pengguna, perkhidmatan dan sistem perpustakaan yang digunakan untuk diaplikasikan di Perpustakaan UMS.

Seramai 10 orang ahli rombongan yang terdiri daripada En. Zawawi Tiyunin, Ketua Pustakawan, Perpustakaan UMS, Pn. Zallifa Shadan, Bendahari UMS, Pn. Noor Hapipah Samat, Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat UMS, Cik Kamisah Husin, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UMS dan beberapa orang Pustakawan UMS telah menyertai lawatan ini.

Delegasi ini tiba di perkarangan PSB pada jam 8.30 pagi dan mereka disambut mesra oleh Ketua Pustakawan bersama-sama dengan beberapa pegawai PSB yang lain. Selesai bergambar di hadapan pintu masuk, mereka diberi sedikit taklimat umum mengenai PSB. Usai menandatangani buku pelawat, mereka dibawa ke sekitar bangunan baharu untuk melihat fasiliti dan ruang bacaan serta rak buku yang disediakan di PSB. Setelah itu , mereka di bawa ke Bahagian Automasi untuk melihat pengurusan Bilik Server PSB dan sesudah itu mereka beralih pula ke Bilik Mesyuarat Ketua Pustakawan di Paras 3, Bangunan Utama PSB untuk sesi taklimat mengenai Sistem Sierra yang digunakan di PSB.

Lawatan penandaarasan ini berakhir sekitar jam 10.30 pagi selepas sesi penyampaian cenderamata.

621total visits,2visits today

Share :