‘LADIES ZUMBA’ SEMPENA LIBRARY OPEN DAY 19

15 Oktober 2019 – Bersempena dengan ‘Library Open Day 2019’, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menganjurkan aktiviti ‘Ladies Zumba’.

Aktiviti ini telah berlangsung di perkarangan Foyer Auditorium 2, Bangunan Tambahan, PSB. Penyertaan kali ini adalah terbuka kepada semua staf dan pelajar wanita di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan ianya telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutama di kalangan para pelajar.

Semoga aktiviti sihat sebegini dapat diadakan lagi bagi memberi peluang kepada warga UUM khasnya kaum wanita untuk mengamalkan cara hidup yang sihat.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Noraini Alias & Nasiha Abdul Rashid

Share :