PSB CUNGKIL BAKAT DAN KREATIVITI MELALUI PERTANDINGAN MEWARNA

Bersempena dengan ‘Library Open Day 2019’ yang telah berlangsung pada 13 hingga 17 September yang lalu, satu pertandingan mewarna kanak-kanak telah diadakan.

Pertandingan ini telah diadakan pada 13 September 2019 bertempat di Sudut Kanak-Kanak, Bangunan Utama Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Ianya telah mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada tadika-tadika berdekatan Universiti Utara Malaysia (UUM) antaranya adalah Tadika dari Tunku Intan Shafinaz, Tanjung Genting, Ladang Risda, Taman Perumahan Universiti dan beberapa lagi.

Kesemua peserta telah diberi masa selama 1 jam bagi menyiapkan tugasan mewarna yang diberi. Guru-guru serta urusetia yang bertugas turut juga membantu mereka dengan memberi nasihat serta tunjuk ajar secara lisan ketika tugasan berlangsung bagi menaikkan semangat mereka. Mereka bukan sahaja dapat menunjukkan bakat yang terpendam tetapi mencetuskan daya kreativiti dan minda mereka dengan lebih baik lagi.

Pemenang tempat pertama hingga ketiga adalah yang dicari namun, kesemua peserta juga turut dirai dengan hadiah saguhati bagi menceriakan serta memberi motivasi kepada mereka atas usaha yang telah dilakukan.

Aktiviti ini tamat sekitar jam 10.00 pagi.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Mohd Suhairy Bin Hashim

Share :