LATIHAN HANDS-ON ASAS PENYELENGGARAAN KOMPUTER

PSB Online: Satu bengkel khas telah diadakan pada 30 Jun 2020 yang lalu bertujuan untuk memberi pendedahan asas penyelenggaraan komputer kepada staf Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) yang terlibat.

Bengkel ini adalah anjuran Unit Latihan dan Kualiti, PSB bertempat di Aras 3, Bangunan Utama. Ianya telah disampaikan oleh Encik Mohd Shazwan Nabil Shukor, Pegawai Teknologi Maklumat serta dibantu oleh Encik Farihan Mihat, Juruteknik Komputer.

Kesemua 10 peserta yang hadir adalah terdiri daripada pelbagai unit dan bahagian. Mereka telah diberi pendedahan mengenai pengenalan kepada komponen-komponen komputer beserta fungsinya. Antaranya adalah Motherboard, Central Processing Unit (CPU), Power Supply Unit (PSU), Random Access Memory (RAM), Hard Disk Drive (HDD) dan lain-lain lagi. Menurut Encik Shazwan, Motherboard adalah komponen terpenting di dalam komputer kerana ianya bertindak sebagai penghubung kepada komponen-komponen lain. Motherboard ini juga memiliki fungsi utama iaitu sebagai tempat disusunnya seluruh rangkaian sistem komputer, seperti Processor atau CPU, chipset, RAM, Hard disk, VGA, LAN dan juga semua soket-soket dan juga slot dari sebuah komputer.

Oleh itu, para peserta telah diberi tunjuk ajar secara hands on untuk membantu proses pemahaman terhadap teori-teori yang telah dikongsi oleh fasilitator. Mereka turut berpeluang melihat sendiri komponen-komponen tersebut yang ada di dalam sebuah komputer serta mengetahui bagaimana ianya berfungsi serta saling berkaitan antara satu sama lain. Ilmu yang diperolehi ini juga mampu membantu setiap peserta untuk lebih memahami serta membantu mengendalikan komputer mereka dengan lebih baik kelak.

Bengkel ini berakhir sekitar jam 4.30 petang.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Unit Latihan dan Kualiti & Noraini Alias

Share :