LAWATAN GURU IPGM KE PSB DISAMBUT MESRA

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima lawatan seramai 30 orang Pegawai Pendidikan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pada 25 April 2018.

Delegasi ini terdiri daripada Pegawai Pendidikan yang merupakan Guru Penyelia Pusat Sumber IPGM daripada 27 buah Institut Pendidikan Zon Utara yang meliputi Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Hamry Ismail selaku Pengarah IPGM, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Antara tujuan utama lawatan penanda aras ini adalah untuk menimba ilmu serta saling bertukar pandangan dalam bidang pengurusan Perpustakaan dan Pusat Sumber khasnya. Selain itu, lawatan ini juga berhasrat untuk mendapat lebih banyak maklumat dan pendedahan dalam pengurusan pembangunan koleksi terutama bahan rujukan kepada pelatih guru di setiap IPGM. Selain itu, ketika sesi perkongsian dan soal jawab, warga IPGM diterangkan dengan lebih jelas aspek-aspek pengurusan seperti bagaimana untuk menambah koleksi, menarik pelanggan ke perpustakaan, membudayakan tabiat membaca serta insentif dan penghargaan kepada pengguna yang aktif. Taklimat dan perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Y.M. Ku Azmi Ku Ibrahim, wakil perpustakaan yang bertempat di Auditorium, PSB.

Lawatan ini telah diakhiri dengan sesi bertukar cenderahati bersama IPGM dan PSB dan semoga segala input yang diperolehi pada sesi lawatan ini dapat menjadi bekalan yang bermanfaat dan dapat dipraktikkan dengan sebaiknya kelak.

Disediakan dan gambar oleh : Ku Azmi Ku Ibrahim

68total visits,4visits today