PROF. DR MOHAMAD HATTA AZAD KHAN SUMBANG LEBIH SERIBU BAHAN BACAAN KEPADA PSB UUM

Prof. Dr. Mohamad Hatta Azad Khan, Penolong Pengurus (teater dan filem) di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) baru-baru ini telah berbesar hati menyerahkan lebih seribu bahan bacaan kepada Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Bahan bacaan itu termasuklah buku, majalah dan kertas kerja dari koleksi peribadi beliau selama bergiat aktif dalam industri kreatif tanah air. Penyerahan dibuat oleh Dekan SCIMPA, Dr. Ahmad Hisham Zainal Abidin kepada wakil Bahagian Arkib PSB, Amerul Shafiz Hasbullah.

Menurut Dr. Ahmad Hisham, pada mulanya Prof. Dr. Mohamad Hatta ingin menyerahkan bahan bacaan tersebut kepada pihak SCIMPA untuk rujukan pelajar di Pusat Pengajian tersebut.

“Saya merasakan amat wajar bahan bacaan ini dikongsi bersama komuniti UUM yang lebih besar. Pada permulaannya bahan ini ingin ditempatkan di Pusat Pengajian SCIMPA, namun capaiannya adalah terhad berbanding jika ditempatkan di Perpustakaan UUM di mana orang luar juga dapat akses kepada bahan tersebut.

“Begitu juga dengan artifak yang berkaitan dalam bidang seni kreatif, SCIMPA akan sentiasa menyokong dalam menyumbang kepada Muzium Pengurusan misalnya selepas ini kerana kita dapati lebih ramai akan mendapat manfaatnya,” ujar beliau.

Pada Majlis Penutup Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan Sultanah Bahiyah yang lalu, satu acara simbolik penyerahan telah diadakan di antara Ketua Pustakawan, Salleh Hudin Mustaffa bersama Prof. Dr. Mohamad Hatta Azad Khan.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan Arkib PSB bolehlah menghubungi Ketua Bahagian Arkib, Jabatan Sumber Ilmu PSB, Noor Fauziati Mat Yatim di talian 04-928 3681 atau 012-274 5334.

Disediakan dan gambar oleh : Bahagian Arkib,PSB

60total visits,4visits today