MAJLIS SILATURRAHIM UUM 1437H DISAMBUT MERIAH

Pada 28 Julai 2016 bersamaan hari Khamis yang lalu telah berlangsungnya sambutan Majlis Silaturrahim UUM 1437H. Majlis tersebut telah diadakan di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) dengan berkonsepkan “food stall”.

Sempena majlis tersebut, PSB juga turut berperanan dalam menyediakan juadah Kuey Teow Goreng Kerang untuk santapan semua warga UUM yang hadir. Segala persiapan gerai serta menu telah diurus oleh Jawatankuasa BAKAL yang diterajui oleh En. Abu Hassan Ghazali bersama-sama ahli jawatankuasa yang lain.

Pada hari tersebut, seawal jam 8.00 pagi, suasana begitu meriah apabila semua pusat tanggungjawab mula menghias gerai masing-masing mengikut tema hari raya serta sibuk dengan persiapan juadah masing-masing. Pelbagai juadah telah disediakan pada hari tersebut antaranya ialah lemang, ketupat, rendang rusa, sate,laksa, aneka kuih-muih dan banyak lagi. Jamuan bermula sekitar jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Di majlis ini juga, turut diadakan pertandingan “food presentation” untuk semua gerai serta turut diadakan perasmian kafe “Manager’s Coffee” yang bakal beroperasi di Foyer PSB nanti.

Walaupun ini merupakan pertama kali diadakan di Foyer PSB, namun ianya telah berjalan lancar serta disambut meriah oleh semua warga UUM.

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail, Hasma Harun & Mazyana Hashim

34total visits,1visits today