LAWATAN PENANDAARASAN PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH KE PSB

Pada 17 Februari 2019 yang lalu, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima satu lawatan penandaarasan daripada Perpustakaan Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh (IPGKI) pada jam 9.00 pagi.

Kunjungan delegasi ini telah disambut mesra oleh Ketua Pustakawan, En. Salleh Hudin Mustaffa bersama beberapa pegawai dan staf yang terlibat. Delegasi ini adalah terdiri daripada 10 orang Pegawai Perpustakaan IPGKI dan 28 orang ahli Kelab Rakan Perpustakaan IPGKI.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk mencari idea dan menambah pengetahuan dalam perkongsian maklumat mengenai pembangunan dan kemudahan yang disediakan di PSB. Lawatan ini dimulai dengan sesi bergambar beramai-ramai di foyer dan seterusnya mereka telah di bawa ke Auditorium 1, Bangunan Utama PSB untuk mendengar sedikit taklimat ringkas mengenai PSB.

Setelah itu, delegasi ini telah dibawa menikmati sedikit jamuan ringan yang telah disediakan sebelum dibawa melawat ke bahagian-bahagian di PSB sambil diiringi oleh staf daripada Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat. Bagi melancarkan proses lawatan, delegasi ini telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dan semasa proses lawatan, banyak input-input positif yang mereka dapati untuk digunakan sebagai contoh dalam membangunkan Perpustakaan IPGKI pada masa hadapan.

Lawatan ini telah tamat sekitar jam 1.00 tengahari.

 

Disediakan oleh : Noraini Alias

316total visits,5visits today

Share :