LAWATAN PERPUSTAKAAN JENERAL TUN IBRAHIM DISAMBUT MESRA

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) menyambut mesra delegasi daripada Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 22 November 2018 yang lalu.

Ketibaan mereka pada jam 2.00 petang telah disambut oleh wakil PSB yang diketuai oleh Cik Hanie Azyyati Abdul Jamil serta dibantu oleh seorang pustakawan dan pembantu perpustakaan kanan.

Menurut ketua delegasi iaitu En. Khairul Anuar Bin Zainudin, lawatan dan bengkel penandaarasan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua staf tentang konsep dan proses penandaarasan dalam mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau daripada organisasi lain.  Fokus utama lawatan ini adalah untuk melihat susun atur dan hiasan dalaman PSB.

PSB amat berbangga menerima kunjungan 12 delegasi UPNM ini yang terdiri daripada staf Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim. Lawatan ini berakhir pada jam 3.40 petang dengan sesi penyerahan cenderamata dan tandatangan buku pelawat.

Disediakan oleh : Noraini Alias

Gambar oleh : Mohamad Fuzi Ismail

233total visits,8visits today