PROGRAM SANTAI BERSAMA PELAJAR JADI PEMANGKIN KECEMERLANGAN PSB

‘Program Santai Bersama Pelajar’ telah berjaya diadakan pada 30 Oktober 2018 yang lalu bertempat di Foyer Auditorim 2, Bangunan Tambahan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Program ini telah bermula pada jam 9.30 pagi dan telah berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Objektif utama progam ini adalah untuk mengkaji persepsi dan kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan dan kemudahan yang telah disediakan oleh PSB. Selain itu juga, ianya adalah untuk menilai tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan, kemudahan koleksi dan kakitangan PSB bagi memastikan kepuasan pelanggan adalah optima dan memenuhi keperluan maklumat dan ilmu mereka. Program ini juga adalah salah satu inisiatif untuk meningkatkan mutu perkhidmatan PSB agar dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pengguna daripada segenap sudut.

‘Program Santai Bersama Pelajar’ ini telah melibatkan peserta daripada Jawatankuasa Persatuan Pelajar dan kesemua peserta telah dibahagikan kepada 5 buah kumpulan. Peserta –peserta ini adalah terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda dan mereka telah memberikan kerjasama yang sangat baik ketika sesi pencambahan fikiran diadakan. Sesi ini memerlukan mereka untuk melontarkan pandangan dan komen mereka terhadap kualiti kemudahan dan perkhidmatan PSB yang sedia ada selain idea-idea baharu yang boleh diketengahkan pada masa hadapan.

Turut serta mengendalikan program ini adalah Ketua Pustakawan sendiri iaitu En. Salleh Hudin Mustaffa. Beliau turut dibantu oleh 6 orang pelajar praktikum PSB yang bertindak sebagai fasilitator selain beberapa Pustakawan yang turut terlibat menjayakan program ini.

Sepanjang program berlangsung, banyak input-input positif yang diperolehi oleh PSB untuk direalisasikan di masa hadapan. Sejujurnya, segala pandangan daripada pengguna PSB khasnya golongan muda ini, amat dihargai dan akan diterjemahkan kepada hasil perkhidmatan yang lebih bermutu dan efisien untuk semua pengguna PSB.

Disediakan oleh : Noraini Alias

Gambar oleh : Siti Nor Hajar Abdul Rahman

1837total visits,10visits today