LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN JALINAN KERJASAMA PERPUSTAKAAN PENDETA ZA’BA, KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN KE PSB

29 November 2016 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah telah menerima satu lawatan daripada Perpustakaan Pendeta Za’ba, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan pada jam 9.00 pagi. Ketibaan tetamu disambut mesra oleh Pustakawan bertugas. Turut serta memeriahkan sesi lawatan iaitu Puan Shukra Shuib selaku Timbalan Ketua Pustakawan.

Seramai 10 orang wakil Perpustakaan Pendeta Za’ba hadir yang diketuai oleh Encik Mohd Nasrulhaq Mohd Diah. Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Ketua Pustakawan dan seterusnya ucapan daripada wakil daripada Perpustakaan Pendeta Za’ba. Kemudian tetamu dipertontonkan dengan video korporat Universiti Utara Malaysia serta dituruti oleh taklimat ringkas mengenai operasi dan perkhidmatan PSB.

Lawatan ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan lawatan ke bahagian-bahagian perkhidmatan perpustakaan serta pemberian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan. Sesi lawatan ini tamat pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh : Norashikin Ibrahim

Gambar oleh: Noraini Alias

52total visits,1visits today