TAKLIMAT DASAR PERBEKALAN CUTI DAN DASAR KEHADIRAN UNTUK STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH OLEH JABATAN PENDAFTAR

Pada 28 Disember 2016 (Rabu) yang lalu, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menganjurkan satu taklimat dasar perbekalan cuti dan dasar kehadiran untuk semua staf di PSB yang bertempat di Auditorium 2, Bangunan Tambahan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh 2 orang wakil staf Jabatan Pendaftar, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Taklimat dimulakan dengan pemberitahuan mengenai dasar perbekalan cuti yang telah disampaikan oleh En. Ibrahim bin Hanapi. Antara kandungan taklimat ini adalah mengenai cuti yang dbekalkan kepada penjawat awam mengikut pekeliling perkhidmatan awam (JPA). Kemudian taklimat diteruskan dengan penceramah kedua iaitu En. Jafri bin Ishak dengan topik mengenai dasar kehadiran.

Objektif penganjuran taklimat tersebut adalah untuk mengingatkan serta menghebahkan kepada semua staf PSB supaya dapat merancang cuti dan masa mereka dengan sebaiknya bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh disabitkan tindakan tatatertib sekiranya ia berlanjutan. Berdasarkan taklimat tersebut, sememangnya kehadiran adalah merupakan kriteria yang amat penting dalam aspek kenaikan pangkat, pengesahan jawatan, anugerah pekerja cemerlang dan sebagainya.

Taklimat yang disampaikan adalah sangat berguna dan amat penting kepada semua penjawat awam supaya dapat menjaga rekod yang bersih sepanjang perkhidmatan dalam sektor awam.

Disediakan oleh : Noraini Alias

Gambar oleh : Siti Nor Hajar Abdul Rahman, Mad Affrizi Ismail & Suparman Sukri

36total visits,1visits today