PSB TERIMA KUNJUNGAN AUDITOR AUDIT ANUGERAH KECEMERLANGAN UUM SESI 2015/2016

3 November 2016 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima kunjungan Juruaudit Anugerah Kecemerlangan UUM bagi sesi 2015/2016 pada jam 10.00 pagi. Auditor yang terlibat adalah terdiri daripada 5 orang auditor yang diketuai oleh Puan Faizah Hashim.

Sepanjang proses audit ini berlangsung, pihak auditee telah dinilai daripada aspek pencapaian, pengiktirafan yang telah diperolehi, aktiviti-aktiviti anjuran jabatan, keberkesanan perkhidmatan yang telah disampaikan kepada pengguna perpustakaan dan juga lain-lain kriteria penilaian perkhidmatan yang telah ditetapkan. En. Muhammad Mazlan Jalla, selaku wakil jabatan telah mempengerusikan audit tersebut dan beliau turut dibantu oleh seorang Pustakawan iaitu Cik Hanie Azyyati Abdul Jamil.

Akhir kata, Audit Anugerah Kecemerlangan ini bakal memberi nilai positif kepada PSB dalam mencapai kecemerlangan menerusi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan sekaligus membantu merealisasikan visi UUM iaitu ‘Menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka’.

Disediakan oleh : Noraini Alias

Gambar oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil

18total visits,1visits today