LEXIS ADVANCE TRAINING@PSB

20 Jun 2019 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menganjurkan satu latihan pangkalan data Lexis Advance kepada 12 orang pengguna PSB  termasuklah pensyarah, pelajar dan staf perpustakaan pada jam 10.00 pagi bertempat di Makmal Komputer 2, PSB.

Lexis Advance merupakan satu platform penyelidikan dalam talian inovatif yang membolehkan para profesional undang-undang mengakses penyelidikan yang dipercayai dengan cepat dan mudah. Tujuan sesi latihan ini adalah untuk memaksimumkan pengalaman penyelidikan dan berkongsi beberapa peningkatan produk-produk baharu seperti rujukan Perundangan kepada kes-kes (Fast Track) dan Analisis Kes Malaysia. Hasil daripada latihan ini membolehkan para penyelidik mendapatkan hasil yang optimum serta meningkatkan produktiviti carian maklumat dengan masa yang lebih singkat dan lebih cekap.

 Latihan Lexis Advance ini telah disampaikan oleh Cik Elashny, Pelatih daripada LexisNexis Malaysia.

 

Disediakan oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil

475total visits,3visits today

Share :