PSB DINOBAT GERAI TERBAIK DI MAJLIS SILATURRAHIM AIDILFITRI (UUM) 2019

24 Jun 2019- Sekalung tahniah diucapkan kepada Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), di atas kejayaan meraih jolokan “Gerai Terbaik” di Majlis Silaturrahim Aidilfitri (UUM) yang lalu.

Ini adalah merupakan kejayaan sulung buat barisan ahli jawatankuasa Badan Kebajikan dan Amal (BAKAL), PSB sesi 2019/2021 yang baharu sahaja memegang tampuk kepimpinan BAKAL pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-23 yang berlangsung pada 19 Jun yang lalu. Ini kerana mereka adalah insan-insan yang bertungkus-lumus menguruskan gerai PSB dalam memeriahkan dan menyediakan juadah di majlis ini.

Menyajikan hidangan “Kuew Teow Goreng”, gerai ini menjadi tarikan utama dengan kelazatannya di samping hiasan gerai yang menarik, kemas, bersih dan teratur. Kemungkinan itu semua adalah faktor utama yang menarik perhatian juri untuk menobatkan PSB sebagai gerai terbaik. PSB telah berjaya membawa pulang sebuah hamper yang telah disampaikan oleh Naib Canselor UUM iaitu  Prof. Dr Ahmad Bashawir Bin Hj. Abdul Ghani kepada wakil PSB iaitu Pn. Ku Safina Ku Ismail selaku setiausaha BAKAL.

Majlis Silaturrahim UUM ini berakhir sekitar jam 2.00 petang dengan kemeriahan yang amat bermakna buat semua warga UUM dan tahniah diucapkan buat semua warga PSB dan barisan ahli jawatankuasa BAKAL khasnya.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail & UKK UUM

Share :