PENGURUSAN DAFTAR RISIKO FOKUS UTAMA PRA-AUDIT PSB

Sebagai persiapan menghadapi Lawatan Audit SIRIM yang dijadualkan pada bulan September nanti, Jawatankuasa Pemandu Kualiti, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menjalankan Pra-Audit Dalaman PSB bermula 23 Jun sehingga 4 Julai 2019 yang lalu.

Pasukan juruaudit telah diketuai oleh En. Razak Siamin selaku Pengerusi bersama-sama 11  orang ahli Jawatankuasa Pemandu Kualiti yang lain telah diamanahkan untuk mengaudit bahagian mengikut ketetapan yang telah ditetapkan.

Seperti yang kita sedia maklum, risiko adalah sesuatu isu atau kejadian yang boleh atau akan berlaku serta boleh memberi kesan terhadap pencapaian objektif atau matlamat sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, fokus utama pra-audit ini adalah mengenai pengurusan daftar risiko bagi setiap bahagian. Sebelum audit dijalankan, kesemua ketua bahagian telah dimaklumkan supaya mengemaskini daftar risiko masing-masing bagi melancarkan proses audit.

Tujuan utama pra-audit ini diadakan supaya pihak pengurusan PSB dapat mengetahui dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada agar dapat memberi kelancaran terhadap lawatan Audit SIRIM yang akan datang. Semoga PSB terus mempamerkan prestasi yang cemerlang di masa akan datang dalam melaksanakan amalan kerja yang paling terbaik.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: AJK Pemandu Kualiti

Share :