MERIAHNYA SUASANA AGM BAKAL KALI KE-23

Annual General Meeting (AGM), Badan Kebajikan dan Amal Perpustakaan (BAKAL), Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah diadakan dengan jayanya pada 19 Jun 2019 yang lalu.

Bertempat di Auditorium 2, Bangunan Tambahan PSB, kesemua warga PSB telah bermesyuarat agung selama hampir 2 jam. Bermula seawal jam 9.00 pagi, mesyuarat telah dimulakan dengan bacaan doa agar perjalanan mesyuarat mendapat berkat dan berjalan dengan lancar.

Mesyuarat ini diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi BAKAL iaitu En. Suparman Sukri dengan ucapan jutaan terima kasih atas kehadiran ahli mesyuarat. Beliau juga memohon maaf andai ada salah silap sepanjang mengendalikan kelab BAKAL ini dan semoga barisan ahli jawatankuasa yang baharu dapat terus cemerlang di masa akan datang. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh wakil penaung BAKAL iaitu En. Razak Siamin yang juga merupakan Timbalan Ketua Pustakawan.

Setelah itu, mesyuarat diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat yang lalu, dan laporan tahunan oleh Setiausaha dan juga laporan kewangan oleh Bendahari BAKAL. Di penghujung mesyuarat, jawatankuasa pemeriksa undi telah mengumumkan barisan ahli jawatankuasa yang baharu bagi meneruskan tampuk pengurusan BAKAL. Undian secara atas talian telah diadakan pada April yang lalu dan tahniah diucapkan kepada En. Saarif Rosli Saarif Ahmad kerana berjaya dipilih untuk menjadi Pengerusi BAKAL yang baharu.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali-Ke-23 ini ditangguhkan sekitar jam 12.00 tengahari dan buat barisan ahli jawatankuasa BAKAL yang baharu, kudos diucapkan dan semoga memperoleh kejayaan di masa akan datang.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

365total visits,1visits today

Share :