TAHNIAH! PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DARI PSB

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2015 bertempat di Dewan Muadzam Shah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor UUM. Ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga UUM yang telah menunjukkan prestasi kerja dan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun 2015.

Seramai 12 orang kakitangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah terpilih untuk menerima APC kali ini. Mereka yang menerima anugerah pada hari tersebut ialah Encik Razak Siamin dan Encik Norhardi Saad (Pustakawan Kanan), Cik Zuraidah Darus (Pustakawan), Puan Latipah Arifin (PembantuTadbir), Encik Mohd Farizan Mihat (Juruteknik Komputer), Encik Samsuhaimi Ghazali (Pembantu Operasi), Encik Abdul Hadi Hassan (Pembantu Perpustakaan Kanan), serta 5 orang Pembantu Perpustakaan yang terdiri daripada Encik Izhar Hashim, Encik Md Aisha Ahmad, Puan Suraya Abu, Puan Norfariza Muslin dan Puan Norol Aniza Natha @ Mokhtar .

Penerima-penerima ini dianugerahkan dengan Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan sejumlah wang RM 1,000 seorang. Pihak Pengurusan Perpustakaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas perkhidmatan cemerlang yang telah ditunjukkan. Semoga penganugerahan ini dapat memberi inspirasi kepada warga PSB yang lain.

Disediakan oleh: Norashikin Ibrahim

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

37total visits,1visits today